29 September 2010

Panduan Menghadiri Temuduga

1. Pastikan segala butiran peribadi serta sijil kelayakan dan pencapaian disertakan dalam lampiran buku pengenalan diri.

2. Jangan sesekali datang lewat. Situasi sebegitu hanya menunjukkan sikap diri anda yang sebenar.

3. Berpakaian sewajarnya. Jangan berpakaian menjolok mata dengan tujuan memancing majikan memilih anda untuk mendapatkan kerja.

4. Tonjolkan kesederhanaan pada diri anda. Menunjuk-nunjuk hanya membuatkan penemuduga meluat dengan sikap ‘suka menonjol diri’ yang ada pada diri anda.

5. Jelaskan sekali mengenai minat anda dalam sesuatu hobi yang mungkin dirasakan melengkapkan lagi personaliti unik dan menarik anda. Siapa tahu, untung nasib anda dipilih hanya kerana mempunyai hobi unik!

6. Membuat penyelidikan mengenai syarikat yang ingin anda bekerja adalah suatu bonus yang membuatkan majikan menyenangi sikap anda. Ini menunjukkan anda seorang yang berpengetahuan luas dan bersemangat untuk bekerja di syarikat itu.

7. Usahlah mengada-adakan sesuatu yang tidak anda miliki. Contohnya, anda kononnya memiliki lesen selam skuba, tetapi ternyata anda tidak langsung tahu apa-apa mengenai aktiviti itu. Tentu haru bila disoal mengenai aktiviti berkenaan.

8. Elakkan memberi jawapan yang berbelit-belit sehingga membosankan penemuduga. Seeloknya berikan jawapan bernas dan tepat untuk meyakinkan penemuduga.

9. Biarpun gaji yang ditawarkan tidak seperti yang ada harapkan, jangan meminta kemudahan sampingan yang tidak disediakan majikan seperti elaun makanan, elaun percutian dan kemudahan pengangkutan.

10. Pastikan rambut disisir rapi. Bagi wanita yang tidak bertudung, seeloknya diikat rapi bagi menyerlahkan penampilan diri, sementara lelaki pula haruslah dipotong pendek dan disikat kemas.
sumber : http://www.mymesra.com.my/index.php?ch=blog&pg=blog_main&ac=4863&blogid=mimie_a91

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya bersedia menerima pandangan dari anda.