26 September 2010

PANDUAN TINDAKAN PENCEGAHAN AKTIVITI PECAH RUMAH

Selepas menyaksikan kejadian pecah rumah smlm....saya rujuk kpd kawan saya yg pernah bertugas sebagai pegawai keselamatan.... menurut beliau....sebagai panduan...

1. Kegiatan pecah rumah akan lebih kerap berlaku kepada kawasan perumahan yang baru dibuka dan belum ramai penghuni yang mendiami.

2. Kebiasaannya pencuri tersebut menyewa di salah satu unit utk menjalankan aktivitinya...apabila kawalan mula diketatkan ....dia akan berpindah ke kawasan baru. Pada setiap masa individu atau kumpulan begini akan berpindah randah di kawasan kondominium dan perumahan mewah.

3. Pencuri akan mengambil masa sebelum melaksanakan misi jahatnya....beliau akan study....dan aim rumah tertentu sebelum melaksanakan pecah rumah....berbagai taktik akan dilakukan untuk mempelajari aktiviti harian penghuni. Secara asasnya... dia akan melihat waktu yang mana penghuni tiada di rumah pada jangka masa yang lama.

4. Pencuri akan mengambil masa maksima selama 5 minit utk pecah masuk. Beliau akan kaji tahap keselamatan rumah dan keupayaannya utk pecah masuk dalam time limit tersebut.

5. Untuk pengetahuan semua....kunci yang dibekalkan oleh pemaju sebenarnya AMAT MUDAH UNTUK DIPECAHKAN hanya dengan cara mengetuk dengan kuat tombol pintu dan tombol pintu tersebut akan tercabut/patah..

6. Manakala gril yang kita pasang pula mempunyai kelemahan di telinga penyangkut mangga kerana bahagian itu hanya dipateri....telinga tersebut juga boleh dipatahkan dengan mengetuk atau "mengoyakkannya dengan ganas".

7. Kunci Grill sedia ada pula adalah yang hanya menggunakan dua variasi kunci....oleh itu...pencuri boleh membelinya dimana mana kedai kunci dengan hanya menyatakan nombornya ( 1 atau 2)

8. Tentang mangga solex pula....kawan saya memaklumkan bahawa pencuri BOLEH MEMBUKA SOLEX tersebut hanya dengan menyungkit dibahagian kemasukan kunci (di bawah) ...ini DISAHKAN oleh seorang locksmith (pemasang kunci).

9. TIDAK MUNGKIN pengawal keselamatan dapat memerhatikan kesemua unit rumah pada setiap masa (MV mempunyai 1000 unit kediaman.

CADANGAN BELIAU SEBAGAI PANDUAN......
10. TUKAR ATAU TAMBAH KUNCI PINTU DENGAN JENIS YANG TIDAK MEMPUNYAI TOMBOL (Harga dibawah RM 200) dan perlu pusing 2 kali untuk membukanya.

11. GUNAKAN ATAU TAMBAH PENGUNCI GRILL JENIS CLAMP (tidak menyangkut Solex dengan telinga grill)

12. GUNAKAN MANGGA YANG MEMPUNYAI REKABENTUK BERBEZA DARIPADA SOLEX.....dan minta nasihat Locksmith bertauliah tentang mangga yang paling sukar untuk dibuka dengan teknik pencuri yang makin canggih ketika ini.

13. Pasang CCTV di hadapan pintu (di atas) untuk menakutkan pencuri.

14. Gunakan penggera yang boleh berbunyi dengan kuat (termasuk menghantar isyarat bahaya melalui handphone atau internet) sekiranya pintu/tingkap dipecahkan atau dibuka dengan paksa.

15. Wujudkan kawasan kejiranan yang bekerjasama memerhatikan individu yang tidak dikenali dan mencurigakan.

16. Kawalan keselamatan (oleh pemaju dan jiran tetangga) PERLU DILAKUKAN SECARA KONSISTEN kerana aktiviti jahat ini akan terhenti jika semua bekerjasama...jika kawalan mula longgar...aktiviti ini akan aktif semula.

17. Sebanyak mana kita berusaha mengekang aktiviti jenayah ini....pencuri pasti mempunyai cara untuk mengatasinya....cuma secara psikologi sahaja kita dapat melengahkan atau memberitahu pencuri bahawa kita TELAH MENGAMBIL LANGKAH BERAJAGA JAGA dan SERIUS menangani mereka.

OLEH ITU TIDAKLAH MERUGIKAN SEKIRANYA KITA MEMBUAT PELABURAN YANG LEBIH UNTUK TUJUAN KESELAMATAN KERANA KESELAMATAN KITA, KELUARGA DAN HARTA BENDA ADALAH YANG PALING UTAMA.
PANDUAN INI BOLEH MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO KECURIAN.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya bersedia menerima pandangan dari anda.