29 September 2010

Panduan Menghadiri Temuduga 2 (Lebih Lengkap)

SKIL TEMUDUGA UNTUK BERJAYA
Satu Panduan Untuk Temuduga Yang Berjaya

Jadi, anda telah dipanggil untuk temuduga bagi sesuatu jawatan yang dianggap menarik. Temuduga yang berjaya adalah perlu agar anda mampu melayakkan diri untuk ditawarkan.

Sebagai kesimpulan, senaraikan kekunci kepada temuduga positif. Berikut ialah senaraisemak  mengandungi beberapa panduan menghadapi temuduga:

1. Kumpulkan maklumat mengenai organisasi dan jawatan yang dipohon. Mengetahui sebanyak yang boleh mengenai syarikat boleh membuatkan temuduga anda lebih interaktif dan boleh jadi apa yang betul-betul anda perlu untuk berjaya dalam pasaran pekerjaan yang berdaya saing.

2. Mengumpul maklumat mengenai majikan merupakan elemen penting sebagai persediaan untuk temuduga yang berjaya. Jangan takut untuk memohon penerangan terperinci mengenai jawatan yang anda akan ditemuduga.

3. Kemudian, berlatih menjawab soalan-soalan biasa bagi temuduga agar bersedia dan selesa semasa temuduga sebenar. Juga, pastikan anda tahu arah tuju anda dan berikan diri anda masa yang banyak agar anda boleh tiba awal.

4. Tiba lebih kurang 15 minit lebih awal. . Plan on what you are going to wear ahead of time.

5. Berpakaian kemas dan hias diri sebaiknya.

6. Lengkapkan borang permohonan dan lain-lain borang yang diberikan.

7. Perkenalkan diri dengan suara yang jelas.

8. Adakan perhubungan mata dan bahasa badan sewaktu berhadapan dengan penemuduga.

9. Ramai majikan masa kini lebih mengutamakan temuduga berasaskan tingkah laku sebagai kaedah menyaring calon.

Cubalah ketahui pendekatan kaedah ini.

10. Biarkan penemuduga mengatur soalan. Dengar dengan teliti.

11. Tunjukkan minat dan keyakinan setiap masa.

12. Berkelakuan formal dan tenang.

13. Berikan sebab-sebab yang logik kepada setiap tindak tanduk yang anda buat.

14. Bersedialah untuk bertanya soalan kepada penemuduga, jika disuruh. Tetapi, awas… Hadkan soalan untuk anda menunjukkan anda mempunyai pengetahuan tentang industrinya.

15. Bercakap benar dan jangan terlalu membesar-besarkan kemampuan anda jika tidak boleh menyokongnya.

16. Berikan gambaran bahawa anda bekerja untuk meningkatkan tahap pencapaian anda sendiri.

17. Berikan keyakinan bahawa anda menerima semua masalah dan kesulitan sebagai satu cabaran.

18. Tunjukkan kepada penemuduga bahawa anda boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang dipohon.

19. Jawab dengan sebaik-baiknya. Dengar dengan teliti dan perhatikan bahasa badan untuk mengetahui sama ada penemuduga hendakkan jawapan yang panjang atau sebaliknya.

20. Perlihatkan kecerdasan pemikiran yang mendalam dalam perbualan dengan penemuduga.

21. Yakinkan bahawa anda dapat menyesuaikan diri dengan objektif dan matlamat syarikatnya –gunakan kebolehan berfikir dan menjawab dengan secara terancang tetapi spontan.

22. Sediakan jawapan untuk soalan – “Bagaimanakah anda boleh memberi sumbangan kepada syarikat ini…”

23. Dan… anda juga bolehlah menyediakan jawapan untuk – “Apakah yang anda rancang atau matlamat anda bagi kerjaya ini dalam masa 5 tahun akan datang…” (Kalaulah disoal, alangkah baiknya… kerana telah bersedia!)

24. Practice Makes Perfect (atau sekurang-kurang menambaik). Cuba aturkan satu temuduga olok-olok, atau berlatih dengan seorang rakan dan rakam jawapan-jawapan anda agar boleh dimainkan semula rakaman untuk mengetahui sebaik mana prestasi anda. Sediakan jawapan kepada soalan-soalan lazim temuduga. Dengan cara ini, akan membantu anda menganalisis latarbelakang dan kelayakan anda bagi jawatan berkenaan.

25. Akhir sekali, cuba relaks!

SOAL-JAWAB TEMUDUGA

Soalan-soalan yang akan ditanya Temuduga selalunya menyebabkan stres – walaupun bagi pencari kerja yang telah menghadiribanyak temuduga. Cara terbaik untuk mengurangkan tekanan ialah dengan bersedia. Ambillahmasa untuk mengkaji soalan-soalan “standard” temuduga yang paling berkemungkinan ditanya. Juga, ambillah masa untuk membuat kajian mengenai syarikat agar anda boleh jawapan-jawapan yang menggambarkan anda berpengetahuan luas.

Soalan-soalan Temuduga

1. Sejarah Kerjaya

Nama syarikat, nama dan keterangan jawatan, tarikh bekerja.
Apakah harapan anda terhadap jawatan dan sejauh manakah ia dapat dipenuhi?

  • Apakah tahap gred gaji permulaan dan akhir?
  • Apakah tanggungjawab anda?
  • Apakah cabaran dan masalah utama yang dihadapi? Bagaimanakah anda menanganinya?
  • Apakah yang paling/paling kurang mengganggu?
  • Apakah pencapaian/kegagalan terbesar dalam jawatan tersebut?
  • Bagaimanakah anda bekerja untuk penyelia anda? Apakah kekuatan dan kelemahannya? Mengapakah anda meninggalkan pekerjaan tersebut?


2. Mengenai Diri Anda

  • Terangkan hari-hari kerja anda.
  • Berapa jamkah anda biasa bekerja?
  • Bagaimanakah anda menerangkang kecepatan anda bekerja?
  • Bagaimanakah anda menangani tekanan stres dan tekanan?
  • Apakah yang memotivate anda?
  • Apakah keputusan yang anda dapati paling sukar dibuat?
  • Sekiranya mereka yang mengenali anda ditanya mengapa anda perlu diambil, apakah yang mereka akan katakan?
  • • Adakah anda lebih suka bekerja bersendirian atau dalam satu kumpulan?
  • Beri beberapa contoh mengenai kerja berkumpulan.
  • Apakah jenis persekitaran kerja yang anda pilih?
  • Terangkan satu situasi kerja/projek yang sukar dan bagaimana anda menanganinya.
  • Bagaimanakah anda menilai sukses?

3. Pekerjaan Baru dan Syarikat

  • • Apakah yang membuat anda minat terhadap jawatan ini?
  • • Apakah sifat-sifat semulajadi/pengalaman berkaitan yang ada pada anda?
  • • Mengapakah anda merasakan diri anda terbaik bagi jawatan ini?
  • • Apakah yang anda ketahui mengenai syarikat ini?
  • • Mengapakah anda mahu bekerja dengan organisasi ini?
  • • Apakah cabaran-cabaran yang anda cari dalam sesuatu jawatan?
  • • Apakah yang anda boleh sumbangkan kepada syarikat ini?
  • • Adakah anda bersedia untuk berjalan/bekerja luar?
  • • Adakah apa-apa maklumat mengenai jawatan atau syarikat yang saya belum beritahu dan anda ingin tahu mengenainya?

3. Masa Hadapan

  • • Apakah yang anda cari dalam jawatan berikutnya? Apakah yang penting bagi anda?
  • • Apakah matlamat anda untuk lima/sepuluh tahun akan datang?
  • • Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat ini?
  • • Berapakah gaji yang diperlu – jangka pendek dan jangka panjang?
  • • Sebagai tambahan kepada persediaan bagi menjawab soalan-soalan standard ini, bersedialah untuk ditemuduga berasaskan tingkah-laku. Ini berasaskan kepada dasar bahawa prestasi kerja terdahulu seseorang calon merupakan asas untuk menentukan prestasi akan datang. Anda perlu bersedia untuk memberi jawapan terperinci termasuk contoh-contoh spesifik pengalaman kerja anda. Cara terbaik untuk bersedia ialah dengan memikirkan contoh-contoh di mana anda telah berjaya menggunakan kemahiran yang diperolehi.
  • • Ambillah masa untuk mengumpul senarai jawapan kepada kedua-dua jenis soalan dan
  • senaraikan kemahiran, nilai-nilai dan minat serta juga kekuatan dan kelemahan anda.
  • Tekankan apa yang anda boleh lakukan untuk member manfaat kepada syarikat, dan tidak hanya apa yang anda minati.
  • • Orang-orang perseorangan yang anda jadikan sebagai rujukan dalam permohonan dijangka akan dihubungi oleh syarikat sebelum tawaran dikeluarkan kepada anda. .
  • Rancang lebih awal dan buat senarai rujukan serta beberapa surat sokongan di peringkat ini, agar anda sudah bersedia apa majikan memintanya.
  • • Soalan terakhir yang mungkin ditanya penemuduga ialah “Adakah apa-apa soalan yang saya  boleh jawab?” Sedia beberapa soalan. Anda bukan hanya mencuba mendapatkan pekerjaan – anda juga menemuduga majikan untuk menilai sama ada syarikat berkenaan dan jawatan  bertepatan.

TEMUDUGA BERASASKAN TINGKAHLAKU

Apakah temuduga brasaskan tingkahlaku? Menemuduga berasaskan tingkahlaku ialah menemuduga berasaskan kepada mendapati bagaimana orang yang ditemuduga berkelakuan di dalam situasi-situasi tertentu berkaitan dengan pekerjaan. Logiknya ialah cara anda berkelakuan di masa-masa lalu dapat meramal cara anda berkelakuan di masa-masa akan datang, iaitu, tahap kerja yang lalu dapat menelah tahap kerja akan datang.

Dalam temuduga tradisional, anda akan ditanya beberapa soalan yang mempunyai jawapan terus terang seperti "Apakah kekuatan dan kelemahan anda?" atau "Apakah cabaran dan masalah besar yang anda telah hadapi? Bagaimanakah anda menanganinya?" atau "Huraikan minggu kerja yang biasa terdapat."

Dalam temuduga berasaskan tingkahlaku, seseorang majikan telah menetapkan kemahiran yang perlu ada pada seseorang yang diambilnya dan akan bertanyakan soalan-soalan untuk mengetahui sama ada calon tersebut memiliki skil-skil tersebut .

Sebagai ganti bertanyakan bagaimanakah anda berkelakuan, mereka akan bertanya bagaimanakah anda telah berkelakuan. Penemuduga mahu mengetahui bagaimana anda menangani sesuatu situasi, dan bukan apa yang anda lakukan di masa akan datang.

Soalan-soalan temuduga berasaskan tingkahlaku lebih menjurus, lebih menyiasat dan lebih khusus. Misalnya:

• Berikan satu contoh ketika bilamana anda telah menggunakan logik untuk menyelesaikan  masalah.

• Berikan satu contoh matlamat yang anda telah capai dan beritahu bagaimana anda
mencapainya.

• Huraikan satu keputusan yang anda telah buat menjadikannya tidak popular serta
bagaimana anda menanganinya dalam melaksanakannya.

• Adakah anda telah melakukan lebih dari tugas-tugas hakiki? Jika benar, bagaimana?

• Apakah yang anda buat jika sesuatu projek terganggu? Beri satu contoh bagaimana anda menanganinya.

• Adakah anda pernah meyakinkan sesuatu pasukan untuk melaksanakan sesuatu projek yang mereka tidak berapa minat? Bagaimanakah anda melakukannya?

• Pernahkah anda menangani satu situasi yang sukar dengan rakan sekerja? Bagaimana?

• Beritahu saya bagaimana anda telah dapat bekerja dengan berkesan di bawah tekanan.

Soalan-soalan susulan juga akan diperincikan. Anda mungkin akan ditanya apakah yang telah  dilakukan, dituturkan, bagaimana reaksi anda atau bagaimanakah perasaan anda.

Apakah cara terbaik untuk menyediakan diri anda? Adalah penting untuk mengingatkan bahawa anda tidak akan tahu apakah jenis temuduga yang akan berlangsung sehinggalah anda duduk di dalam bilik temuduga berkenaan.

Oleh itu, sediakan jawapan-jawapan bagi soalan-soalan temuduga tradisional. Kemudian, oleh kerana anda tidak tahu sebenarnya akan situasi-situasi yang akan disoal sekiranya ia temuduga berasaskan tingkahlaku, ingatkan semula dan fikirkan beberapa situasi-situasi istimewa yang anda telah tangani atau projek-projek yang anda telah kendalikan.
Anda mungkin boleh menggunanya bagi membantu anda merangka jawapan.

Teliti keterangan tugas. Dari keterangan kerja dan keperluan jawatan yang diperolehi melalui bacaan, anda mungkin akan mendapat gambaran jenis kemahiran yang dapat dijadikan aset.

Semasa temuduga, sekiranya anda tidak pasti bagaimana menjawab soalan berkenaan, mintalah penjelasan.

Kemudian pastikan anda memasukkan poin-poin berikut di dalam jawapan anda:

• Situasi yang khusus

• Tugas-tugas yang perlu dilaksanakan

• Tindakan yang anda ambil

Keputusannya, iaitu, apa yang telah berlaku adalah penting untuk mengingatkan bahawa tiada jawapan yang betul ataupun salah.

Penemuduga hanya cuba memahami bagaimana anda berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu. Bagaimana anda menjawab akan menentukan sama ada wujud keserasian antara kemahiran anda dengan jawatan yang akan diisi syarikat berkenaan.

Oleh itu, dengar baik-baik, jelaskan dengan terperinci apabila anda respon, dan paling penting, bersikap jujur. Sekiranya jawapan-jawapan anda bukan yang dicari penemuduga, jawatan ini mungkin bukan yang terbaik bagi anda.

ETIKA TEMUDUGA


Terima Kasih Melalui E-mel

Menghantar Surat Elektronik

Menulis nota terima kasih sesudah temuduga pekerjaan boleh menjadi kunci kepada mendapat tawaran pekerjaan. Dalam zaman komunikasi elektronik ini, adakah bertepatan menghantar surat terima kasih melalui e-mel? Dalam kebanyakan hal, ya. Anda boleh menghantar surat terima kasih serta merta, berbanding dengan masa menunggu untuk khidmat pos menyerahkan surat tersebut kepada penerimanya. Sekiranya majikan membuat keputusan mengambil pekerja secepat yang mungkin, masa adalah penting. Jika ini tidak memerlukan tindakan segera, anda masih boleh mengirim nota terima kasih yang ringkas, beserta dengan surat atau nota, melalui e-mel. Anda mengulangi minat anda terhadap jawatan berkenaan lebih cepat lagi.

Sebagai tambahan kepada ucapan terima kasih anda kepada orang yang bercakap dengan anda, nota terima kasih mengukuhkan lagi hasrat anda benar-benar mahukan jawatan berkenaan. Gunakan surat anda untuk memberi perhatian terhadap sebarang isu dan hal-hal yang timbul semasa temuduga. Anda boleh juga menganggap ucapan terima kasih sebagai surat susulan “jualan”. Dalam lain perkataan, anda boleh mengulangi mengapa anda memerlukan jawatan berkenaan, kelayakan anda, bagaimana anda boleh memberi sumbangan bermakna, dan sebagainya. Surat ini juga merupakan peluang yang baik bagi membincang apa jua perkara penting yang penemuduga terlupa bertanya atau anda telah tidak menjawabnya secara terperinciatau tidak sebaik yang anda inginkan. Ingatlah bahawa nota terima kasih seharusnya ringkas dan menepati matlamatnya. Beberapa perenggan pendek sudah mencukupi.
Bagaimana sekiranya anda menghabiskan masa sehari suntuk ditemuduga bersama-sama ramai orang? Hantar mesej berasingan kepada setiap seorang penemuduga. Buat pindaan mesej anda agar setiap penemuduga menerima nota terima kasih yang unik. Mintalah kad bisnes di penghujung setiap temuduga – cara ini anda akan memperolehi informasi kontak bagi surat-surat terima kasih anda.

Akhir sekali, ingatlah untuk membaca dahulu bagi menyemak – semakan bagi e-mel adalah sama penting sepertimana lain-lain surat-menyurat. Pastikan anda menyemak ejaan, nahu, cetakan dan sebagainya. Juga simpan sesalinan untuk anda, dalam fail keluar mel anda atau hantar salinan kepada diri anda sendiri, agar anda mempunyai sesalinan setiap mesej yang dihantar.

TIP BERPAKAIAN

Sebelum ditemuduga oleh sesebuah syarikat, buat kajian untuk mengetahui kod berpakaian syarikat berkenaan. Berikut ialah beberapa saranan untuk membantu anda:

Sut
• Sut single-breasted dua butang dengan belah belakang selalunya selamat dipakai.
• Warna hendaklah biru kelasi, arang atau kelabu. Ingatlah untuk memakai warna gelap.
• Sutpinstripe,plaid atau solid paling diterima.
• Bagi jawatan bercirikan daya kreativiti, seperti pengiklanan atau pemasaran, anda boleh mengenakan sut tiga atau empat butang.Oliv es dantans juga boleh diterima.
• Sut hendaklah berkualiti dibuat dari bulu biri campuran.

Kemeja
• Kemeja putih terbaik untuk temuduga.
• Untuk kelihatan lebih profesional, pilih kemeja dengan tab collar atau point collar.
• Kemeja hendaklah dari kapas 100% dan ditekan licin.

Tali Leher

• Anda hendaklah memilih tali leher dari kumpulan warna merah – kekuasaan.
• Sekiranya tali leher anda bercorak, warna-warna corak hendaklah sepadan dengan warna sut anda.

• Tali leher hendaklah dari sutera 100%.

• Jauhkan dari tali leher jenisclip- on.

Kasut
• Kasutlac e-up pilihan baik untuk temuduga.
• Kasut seharusnya jenis wingtip atau cap toe.
• Hitam menjadi pilihan, walaupun burgundy/oxblood boleh juga diterima.

Tali Pinggang
• Tali pinggang mestilah sepadan dengan kasut.
• Ianya hendaklah seberapa konservatif yang boleh.

Stoking
• Stoking mestilah sepadan dengan sut.
• Warna-warna solid lazimnya selamat dipakai.

Petua
• Sekiranya mengguna kolon atau pewangi, janganlah berlebih-lebih.
• Ingatlah untuk megenakan sut sebelum ditemuduga
• Hadkan barang kemas kepada satu bentuk cincin bagi satu tangan.
• Jangan memakai subang/anting-anting.
• Pastikan anda tidak memakai kasut yang baru yang belum dipakai lagi, dan kasut hendaklah digilap sebelum pergi temuduga.
• Jangan memakai suspenders dengan tali pinggang.
• Pastikan nafas anda berbau segar.
Pastikan rambut, kuku dan sebarang bulu/rambut di muka ditrim kemas dan bersih.
Insya Allah, kejayaan akan berada di pihak anda.

SELAMAT BERJAYA!!! 



sumber : http://www.scribd.com/doc/13967704/Panduan-Temuduga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya bersedia menerima pandangan dari anda.